Friday, October 10, 2008

Sila Jangan Bising.

Aku baru selesai siapkan application untuk budak China tuh. Penat gak memerah otak untuk mencari jalan yang lebih senang, akhirnya ketemu. Aku berkeputusan untuk tidak membuat permohonan anak angkat, sebaliknya membuat permohonan mengesahkan taraf terus. Abis ceriter. Rupa-rupanya boleh ek, anak luar nikah, kita buat permohonan di Mahkamah, untuk dia dilayakkan menerima hak-hak sebagai anak di dalam nikah jugak. Ngok betol aku ni. Kan lebih senang kalau cara ini dapat dipikirkan dari awal-awal.

Aku sebenarnya dah lama bengang dengan sorang budak ni. Isk. Sangat. Dia suka buat bising dalam surau. Bising sangat suara dia tuh.. Eeeee.. geram. Kalau tengah sembahyang tu, kalau dia berborak, aku sampai kena repeat bacaan aku. Aku ada perasaan nak ajer pegi lempang mulut dia tuh. Bagi lah aku peluang sembahyang dengan tenang. Pastu nak mengumpat opis mate dia tak turun sembahyang. Weh, biarlah dia tak turun sembahyang. Dari ko tu turun sembahyang, tapi kacau orang lain sembahyang, takde maknanyer.. Tapi yer la, salah aku jugak sebab tak pernah berani nak tegur dia. Huhu. Kang cakap aku poyo pulak. Yer la, aku ni masuk surau pun tak pakai tudung.. Tak macam dia.. tudung dia besar. Huhuhu.. ;p

Ok lah. Nak sambung buat kerja. Eddie on the way balik KL (rajin pulak mamat ni balik KL kan?) Tapi, bestnyer.. Nak pegi beraya ;)


edited at 4pm:

Nah, sempena hari Jumaat, aku bagi korang tengok youtube yang aku terusha kat blog member aku. Aku takkan letak sini kalau tak best. Serius. Eh, tatau pulak ek aku, Can.did Syn.drome ada wat filem pendek. Hehe. Chaiyok, guys!


Surat Dari Ibu by Candid Syndrome and CST Production.

2 comments:

Marliza Radzi said...

ko batuk2 kuat2 sikit bila dia start bising2 dalam surau.

Y- A-T-T said...

haha. nanti aku cuba!