Thursday, February 5, 2009

I never thought that I'd catch this lovebug again..

Ok, so I was tag-ged by my srikandi sister, Am. Ada dua tag actually tapi macam lebih rajin nak jawab tag yang the latest. So here goes.

[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this]
  1. Saya dah 6 bulan jogging dan saya dah muat pakai balik saya punya hot pants yang saya pakai clubbing masa berumur 20 dulu. Wah, tujuh tahun yang lepas. Hehe. Tak sia-sia Rakdon gantung hot pants tu dan selitkan nota bertulis 'You'll make it one day bucuk!!!'. Oh, tapi saya harus cut down lagi 5kg. Wajib. Jogging jauh sikit, Yatt.... Itu goal. Shukor dilantik sebagai jurulatih peribadi untuk monitor berat saya. hahaha.

  2. Dari tahun lepas saya asyik berkira-kira mahu mula memakai tudung sepenuh masa tapi nampaknya saya masih belum memulakan satu apa langkah pun ke arah itu. Huh. Itu goal juga. Goal yang masih belum dimulakan. Heh. Wah, ini kali pertama saya melahirkan hasrat itu secara terbuka. Sebelum ini hanya cerita pada Rakdon dia suruh pikir masak-masak jangan dah pakai cabut pulak. Huhu. Masih pikir lah ni. ;p

  3. Saya allergic terhadap peluh saya sendiri. Kulit saya akan timbul gatal-gatal setiap kali lepas bermain futsal dan juga setiap kali lepas jogging. Itu maknanya saya allergic terhadap peluh lah, kan?

  4. Futsal??? Ya ampunnn.... Saya dah sebulan tak main futsal. Sila tembak saya.

  5. Saya sangat selesa dengan kawan-kawan futsal saya iaitu semuanya kawan-kawan Srikandi saya. Selesa yang amat. Tak pernah rasa sedih. Happiness guaranteed. Itu pun fact. Nyorq, aku rindu giller kat ko. Fact jugak.


  6. Saya tak pernah tumbuh jerawat seumur hidup. Tapi saya ada banyak parut kat muka. Parut jatuh basikal, parut kena zink, parut itu parut ini. Jika di lihat pada jarak dekat, anda akan nampak, saya ada satu parut yang panjang in between my two eyes straight sampai pipi kanan. Gila castello. Dan kat pipi kiri saya ada parut macam kena cakar harimau sebanyak 3 line (tak ingat kenapa). Giller kan aku ni. Tapi tetap cantik. Lalalala... Owh, dan saya pernah tindik kat bawah bibir :D

  7. Saya manja. Alalalala... Betul lah. Saya suka pegang tangan kalau jalan. Dengan kawan pun saya pegang tangan. Hehe ;D

  8. Saya memang tak pakai mekap. Rasanya dah citer kot pasal memang tak suka pakai mekap. Nak tengok tak muka saya kalau mekap? Dan kalau pakai tudung? Hahahahaha... Gambar lama, k.


  9. Cess, baru 8 ker. Hmmm.. Ya ampun, saya ter amat amat amat sayang anak saudara saya. Jiwa raga jantung hati lah mereka itu. Terutamanya Azreen. Kenapa ntah pilih kasih dengan dia. Mungkin sebab Mak cakap kami berdua sangat serupa. Macam klon. Perangai. Segala-gala lah.


  10. Saya sayang Rakdon tapi rasa sayang itu selalu buat saya takut. Mungkin kerana itu, Rakdon selalu berkata "Love you, asek B jer cakap dulu...". Yer, saya tidak suka cakap love you dulu. Tak suka. Saya benci lah saya mahu tapi saya selalu berhati-hati. Paham? Hence the complete trust issue. Haih. Tapi kalau Rakdon merajuk, bad mood atau yang sewaktu dengannya, saya akan cakap love u dulu lah. Tapi pada waktu waktu lain, amat susah.

  11. Saya bukan seorang yang penyabar. Sebab tu saya bawak kereta laju. Dan sebab tu saya tak suka beratur kalau line panjang. Dan kalau saya mahu, saya mahu masa tu jugak. Ikut perangai sapa lah ni.

  12. Saya seorang yang sangat ceria. Jika nampak saya muka masam, itu adalah sangat bukan perkara biasa, maka jangan lah kacau. Tengok, ceria sangat ni.


  13. I might have dated few guys (or jerks). Tapi saya hanya pernah involve dalam serious relationship sebanyak dua kali. Yang pertama selama 4 tahun lebih sepanjang saya study dulu, tapi akhirnya putus tiga tahun lepas. Dan yang kedua yang sekarang lah, Rakdon. Dan hanya kepada mereka berdua sahaja, saya pernah wish "Happy Anniversary". Saya susah nak acknowledge someone sebagai 'boyfriend'. Kalau saya cakap dia boyfriend saya, maknanya saya seriuslah. Owh, dan kalau saya tak ada bf, saya tak stick to the one. Saya keluar dengan sapa-sapa sahaja yang saya suka. Heh. Tapi, saya kekasih yang setia. ;p
  14. Ya ampun, saya sangat nakal masa kat STF. Saya rasa hampir semua cikgu kenal saya by name. Saya pernah kena tunjal kepala, pernah kena cubit, berdiri depan kelas, kena lempang and pukul satu badan pun pernah. Cik Rosnah pernah hilang sabar sampai nak baling satu set kunci yang sangat berat kat muka saya. Sensei pernah nak cakar muka saya tapi berjaya menahan sabar dengan mengetap bibir dan tangan menggigil. huhu. Kalau masuk bilik guru, mesti cikgu-cikgu akan pandang, kemudian menggeleng-geleng kepala. Ada sahaja salah yang aku buat. Huhuhuhu... Cikgu, semoga cikgu berbangga dengan saya yang telah pun menjadi peguam sekarang. Lalala.. ;p
  15. Saya tak suka lelaki yang bodoh. Sounds harsh tapi seriously, aku memang tak suka lelaki yang bengap dan cuba memulakan conversation dengan cara yang bengap. Betul lah tu Am, semakin banyak dia bercakap, semakin terserlahlah kebodohan dia. Sebab itu saya lebih prefer lelaki pendiam. Owh, contoh lelaki yang mahu mula berbual, tapi turned me off instantly: Kejadian di stesen minyak ketika aku sedang isi minyak. Tiba-tiba lelaki datang menegur, "Hai buat bisnes ker?" and I was like "Excuse me??".. Dia tak putus asa dan meneruskan kebodohan dia. "You buat bisnes ker?". Aku macam konpius giller apsal dia ingat aku buat bisnes, padahal aku pakai court attire siap dia leh nampak kot ada robe bersangkut dalam kereta aku. *Blur*. "You buat bisnes ker. Tu ada bisnes kad", sambil menunjuk kotak name card aku kat atas dashboard. WTH? Kalau aku ada name card adakah semestinya aku buat bisnes? Mungkin tidak kedengaran bodoh bagi kamu, tapi sangat bodoh bagi saya. Maaf lah saya memang sangattt tak boleh handle perbualan yang bengap. Maaf sangat. Saya suka perbualan yang bijak.
  16. Tak suka lelaki pendek. Can't help. Dah cuba untuk suka tapi tak bolehhhhhh.. Kau hensem lah macam mana sekali pun, aku tetap tak akan tertarik.. Sorry, Aly Iskandar..
Sekarang, saya kena tag sebanyak 16 orang. Ramai giller. Sapa-sapa nak buat, sila lah buat. Kimi, aku tag ko. Arin, kau jugak (tak abis-abis renovate lagi ke blog kau?) Haha.

8 comments:

Marliza Radzi said...

kimi & arin 2-2 aku dah tag daa. ntahnya arin tu, lama betul renovate blog.

#2 --- aku doakan ko akan realisasikan niat suci ini suatu hari nanti. dan berniat, alhamdulillah, baguslah, good enough for now!

Y- A-T-T said...

:D

KiMi said...

ntah yat, am dah tag aku la.ko igt senang nk pikir 16 perkara tu, kalo kotag lagi, jadi 32.tak ka pening.

Y- A-T-T said...

mula2 aku pun ingat mcm susah nak cari 16 perkara. Tp bila aku dah start, aku rasa mcm xnak stop. hehehehe.... ko main kelat.. perkara ko x ckp 16 sebenarnyerr!

Sahalfikri said...

diskriminasi fizikal betulla no 16 tu.. aku pun jadi mangsa. huhu.. 'tak suka' sinonim kepada 'benci' kan? owh.. aku faham.

perumah kena waktu berdiri saje ke?hehe..

Y- A-T-T said...

hahahahaha..

tak la.. 'tak suka' bukan bermakna benci.. cuma tak attracted.. seperti setengah lelaki yg tak akan attracted kepada perempuan berambut pendek. dan seperti setengah lelaki yg tak attracted kepada perempuan gemuk. macam tu la..

perumah bg aku mmg waktu berdiri. tp waktu duduk pun boleh lah kan. x pernah pikir pulak. hehe ;D

Sahalfikri said...

oo.. tak tertarik. okla tu, lgpun ko dah ditarik, apa nak kesah ek. hahaha.

alamak, silap la. aku bkn bg cadangan psl perumah tu. cukupla diri je jdkan perumah, karang otot leher jadi tak kuat..asyik melentok je.. ahaks.

chics said...

Saya juga tak boleh tolerate lelaki iq yang hanya panjang sejengkal. Sungguh terasa insult terhadap otak sendiri.

Eh but I don;t like Mr knows it all either, yang suka showw off maksud saya