Friday, January 30, 2009

For the arms to be my shelter through all the rain....

Sempena hari Jumaat, saya mahu bersyukur dan meniru idea membuat senarai kesyukuran Ninie yang mana Ninie telah diinspirasikan oleh Hanis.

Mari.
  1. Saya bersyukur kereta saya tidak kemek pagi tadi walaupun cina tu langgar sangat kuat dan kereta dia kemek giller. Wuhuuu. Tough cookie lah you, Sexy.

  2. Saya bersyukur saya sihat hari ini walaupun sakit perut pagi tadi tapi sakit perut dah hilang.

  3. Saya bersyukur balang saya penuh dengan cokelat ;))

  4. Saya bersyukur hari ini boss saya ada press conference dan beliau busy maka hari ini saya tidak akan di ganggu.

  5. Saya bersyukur saya diketemukan dengan Boyan. Dia kucing yang baik.

  6. Saya bersyukur Boyan tidak luka akibat pergaduhan awal pagi tadi dengan si kucing kelabu.

  7. Saya bersyukur saya seorang yang pemaaf. Saya maafkan kucing kelabu.

  8. Saya bersyukur orang TM telepon semalam cakap hari ni nak datang install telepon rumah dan ia bermakna kami dah boleh install streamyx semula. Yeay!

  9. Saya bersyukur saya seorang yang bijak walaupun kadang-kadang saya malas menggunakan otak.

  10. Saya bersyukur saya seorang peguam. Secara tidak langsung orang menghormati saya.

  11. Saya bersyukur saya ada kawan-kawan seperti Ezani, Kb, Pitt, Elin, Yanti dan Dam. Mereka sangat setia, baik hati, cantik, vogue dan menghiburkan.

  12. Saya bersyukur saya masih berkawan dengan Haniz dan saya sangat bersyukur kami tidak melayan benda yang remeh temeh tentang cakap-cakap orang dan tetap terus berkawan walaupun telah cuba dipecah belahkan.

  13. Saya bersyukur dulu saya sekolah kat STF. Kawan-kawan srikandi sangat best best best. Jika dipusingkan masa, saya tidak akan memilih sekolah lain. Amboi.

  14. Saya bersyukur wajah saya keanak-anakan, orang selalu ingat umur saya hanya belasan tahun. Ngeeee ;D

  15. Saya bersyukur saya pemaaf saya selalu maafkan Rakdon. Dan bersyukur jugak Rakdon seorang yang sangat pemaaf dan tidak pernah mengungkit kesalahan yang lepas walaupun saya dulu sangat mulut cibai panggil dia macam-macam. huhu.

  16. Saya bersyukur saya dah berubah dan tidak bermulut cibai lagi.

  17. Saya bersyukur saya seorang kekasih yang setia. Jika tidak tentu saya ada banyak masalah dan sentiasa berdebar-debar.

  18. Saya bersyukur semalam boss bagi angpow ;)

  19. Saya bersyukur family saya best dan anak-anak sedare saya pun sangat best.

  20. Saya bersyukur lauk kat gerai bawah opis nih sangat sedap. Hehe.

  21. Saya bersyukur kenal dengan Amrani dan terus melantik diri sebagai sepupu. Saya juga bersyukur Rakdon dah tak jeles pasal Amrani lagi.

  22. Saya bersyukur saya mempunyai seorang kawan yang bernama Shukor. Dia seorang yang kelakar dan dia salah satu comfort zone saya. Syukor, Rakdon tak kesah kami keluar dating berdua.

  23. Saya bersyukur tiba-tiba datang kesedaran untuk membuat kerja yang berlambak ni, maka saya akan hentikan senarai kesyukuran ini di nombor 23. Nanti lain kali bersyukur lagi ;p

7 comments:

Marliza Radzi said...

sayapun tak akan pilih sekolah lain!

Anonymous said...

Rakdon sebenarnya banyak juga sifat mulia contohnya, bontot seksi. Bontot seksi adalah sifat mulia?? Hahahahaha & Shukor is ur comfort zone too?? Hahahaha. Aku bsyukur ada ko juge:>

yunik said...

#14 - menyampah! haha

#27 - indeed! kena bersyukur tu! kat sini tak best :(

Anonymous said...

haha..aku bersyukur ader ko jg as 1 of my angel..babe..bontot sexy erk termasuk dlm kesyukuran ko ke???haha

Y- A-T-T said...

Marliza: Kan? Kan? Konpem tak akan pilih yg lain. Ngee ;D

Kb: Mulia giller, kb.. ya ampun, shukor mmg sgt comfort zone aku jugak. ari tu ktrg bosan tatau nk wat per, pastu ktrg pura2 bercinta lalu g tgk wayang bersama. romantik, kan? ;D

Ezany: Aku lagi bersyukur kau ada.

Yunik: Jeles la tuh. Hehe. Cuba ko teka umur aku berapa? lalala..

Elin: Elin, wajib ok bersyukur jika bf ada bontot seksi. Best woo. Lalala..

Anonymous said...

Hahahaha..berpura2 bercinta la. Hahahahaha. Shukor..shukor. Anyway, dia da byr deposit utk perdana ok.

Y- A-T-T said...

kb: yes! pas ni aku dah tak naik viva dah.. naik perdana pulak..

adios viva. ala, tp perdana mesti bukan plat johor. tak cool.