Apa sebenarnya yang telah berlaku pada blog ini.
Rasa nak update, tapi hari ni kan Rabu dan sepatutnya rabu adalah wordless? Ok. Takper. Ini kan Ikut Suka Gua.
Hari tu gua gatal-gatal mintak quotation sorang photografer yang terkenal dengan hasil kerja mengambil gambar new born babies. Dengan harapan nanti baby gua ada gambar cun giller. Ok lahhhh, harga dia tak lahh mahal sangat.... Tapi sajer jer lah gatal tangan nak prektis ambil gambar new born sendiri sebelum berkeputusan untuk hire pro. Ceh, berangan hasil boleh setaraf. Ha ha.
Kebetulan pula guardian angel gua, Yanti selamat melahirkan baby girl minggu lepas. Lalu bergegas lah gua prektis. Sumpah tak senang. Sebab time adalah limited. Dan dalam time limited tu lah baby buat keputusan untuk poop, merengek nak susu, minum susu, dan selepas itu muntah susu. Hmmm... Tapi bila berkesempatan, ini lah yang terhasil.
Takder props bunga atas kepala kepak butterfly bagai dan juga tak dapat nak ambil gambar baby bogel sebab Mama dia takut baby tiba-tiba buat keputsan poo poo atas katil. Hu hu.
Jadi, melihat hasil ini, patutkah gua ketepikan wang dan hire yang profesional? Tak nak lah nanti menyesal di kemudian hari kerana baby gua jadik new born sekejap sahaja. Heh. Tapi sayang duit juga.Tapi tak puas hati betul lahhh gambar tak lawaaa.
Macam mana nak terer photoshop?
Oh by the way, Tahniah Yanti.
And welcome to the clan, Qaleesya :)








2 comments:
Hi Yatie,
I think the black and white picture is very nice!! but of course you can spend more and get a professional photographer to capture the special moment. Congratulations and take good care of yourself ya :)
-Kak Jannah
qaleesya :)
Post a Comment