Aku pernah berkata tidak mahu tulis tentang ini kerana malas mahu berbicara serius. Tapi tak apa lah sekali sekala ikutsukagua berubah nada. Heh.
Aku menyebut sedikit tentang komitmen tempoh hari kerana aku ada seorang kenalan yang memang sudah lama aku kenal. Sebaya dengan aku 28 tahun pada tahun ini. Wah. Matang. Haha. Perempuan yang sempoi, cun. Cuma iya lah, mungkin tidak bernasib baik dalam percintaan. Tidak banyak bezanya dengan aku sendiri. Pernah bertunang, tetapi putus di tepi jalan. Bukan salah si lelaki, tetapi kawan aku ini sendiri yang tidak mahu. Sebab musababnya aku tahu lah serba sedikit dan tidak perlulah ditulis di sini.
Seawal beliau mahu bertunang, beribu kali aku nasihatkan. Kau terimalah dia hanya sebab kau pun sayang dia. Jangan lah semata-mata kerana dia sayang kau. Tetapi, kawan yang seorang ini, percaya sungguh kepada nasihat 'sayang boleh dipupuk'. Bukan senang nak jumpa orang yang sayang dan mahu commit dengan aku. Hmm. Untuk suatu ketika, hati lembut aku pun sedikit mengiyakan. Bertunanglah mereka empat tahun lalu. Bertahun-tahun mencuba. Setelah empat tahun, perasaan sayang dan cinta itu nampaknya gagal dipupuk. Maka, putuslah di situ. Huhu.
Banyak kali kami berbual tentang komitmen. Sahabat aku ini cantik rupa parasnya. Ramai kawan lelaki. Tetapi SEMUA nya meletakkan syarat "tidak mahu komitmen". Aku sendiri pernah berjumpa dengan lelaki seperti ini. Malah Zaiful (I decide to use his real name from now on) sendiri dulu meletakkan syarat yang sama. Bertahun berkawan tapi, bila lelaki sendiri meletakkan syarat "tak nak komitmen", apa kita boleh buat? Like Lenka says, 'just enjoy the show'.. Tapi, bila kita nak move on, kita harus lah move on, right? Find a better one (hopefully. huh).
In my case, the same guy yang letak syarat tak nak komitmen tu sendiri yang akhirnya meminta komitmen dari aku. Tapi, in my friend's case, she still keep dating guys who never want to commit. Sampai ke satu tahap, kawan aku ni sendiri dah imune, dan even sebelum the guys sempat letak syarat, she will say it first: "I tak nak komitmen". And being men, of course they agreed.
Hmm.
Aku paham. Sampai ke satu tahap, kita dah malas lagi. Malas nak mengharap komitmen.
Dulu, masa tengok sex and the city the movie dengan Zaiful, when Mr. Big dumped Carrie on their wedding day, Zaiful asked me if the same thing ever happen to me, will I forgive my partner. Who will I blame, my partner or my friend?
Jujur, aku salahkan pasangan aku lah. Kalau benda macam tu berlaku, maknanya pasangan aku tak cukup sayang aku, bukan? Maknanya dia takut mahu 'commit' dengan aku. Kan? Kan?
Dia senyap jer masa aku jawab so maknanya dia setuju. Heh.
Aku boleh paham keadaan Zaiful yang tidak mahukan komitmen pada masa awal perkenalan. Umur pun baru 25. Mungkin komitmen bagi dia hanyalah sebuah perkahwinan. Maka pada ketika itu, syarat "tidak mahu komitmen" seems to make sense. Mungkin.
Tapi kenapa sekarang ramai lelaki yang usia dah 30 pun, tetapi masih mahu mencari 'fun'? Tidak pernah mahu komitmen? Pelik yer. Apa mereka cari. Atau mereka pun ada definisi berbeza tentang 'komitmen'?
Zaiful cakap aku kuat membebel. Baiklah, aku berhenti membebel sekarang. Tapi itu lah, harap orang faham apa yang aku bebelkan. haha. Sebab itu lah aku kata, masalah pasangan tidak mahu komitmen ini, sangat memeningkan. Sahabat yang aku ceritakan tadi, kadang-kadang masih bertanya adakah beliau melakukan kesilapan dengan meninggalkan tunang beliau dulu... Lelaki itu lah satu-satunya lelaki yang sanggup beri komitmen pada beliau.. Tapi, hati pula tidak sayang. Apa pendapat anda?
Macam-macam, kan?
Saya akhiri bebelan ini dengan gambar keluarga.
haha.
Sekian bebelan hari isnin.





2 comments:
Love ur lil family picca. Hahahaha..cute!!! kiss kiss angel for me. Nnt nk kenalkan kat lil diva lah.
aku jatuh chenta dgn tucing ko! jeles!!!
Post a Comment