Wednesday, December 23, 2009

She's just a friend....

Aku tak suka jumpa client jauh jauh. Pening. Tapi boleh ambil kesempatan berjalan cuci mata.

Aku tak suka setiap hari pergi court at least sekali. Yer, at least sekali sehari. Maknanya  kadang-kadang dua kali sehari. Kalau nak lebih best, pada hari yang sama, aku boleh pergi 3 court, KL, Shah Alam dan Klang. Tapi, yang bagusnya, travel allowance agak kencang. Kalau kumpul kumpul, boleh la dapat RM400+- seminggu. Tapi, nak tunggu boleh dapat tu, ya ampunnnn.....

Aku tak suka sistem akaun di pejabat (sila rujuk masalah claim lambat di atas). Dan kenapa gaji kadang-kadang masuk mayba-nk, kadang-kadang masuk eo-n bank? Kalau masuk eo-n, mampus dah la aku takder ATM card sumpah malas nak menapak pegi bank kuar pakai buku bla bla bla. Dah la sekarang asek cuti umum. Kalau terlepas waktu pejabat, alamatnya, sempitlah hujung minggu aku. Terpaksa memberi peluang orang lain menjadi judgmental. Hoh.

Oh yer, aku tak suka orang judgemental. Aku rasa semua orang tak suka siapa siapa pun judgmental. Judge sesuatu hanya berdasarkan luaran. Dan bertambah lah aku benci assumption. Master aku masa chambering dulu pernah nasihat, never assume. Cos when you assume, all you get is ASS of U and ME. Heh. Jadik anak-anak, jangan lah assume. Kalau boleh, sila siasat. Kalau tak boleh siasat, diam ajer la. Aku dah tak kesah kena judge sebab aku dah immune. Tapi, janganlah judge orang lain. Kesian deyrang lom immune. kahkahkah. Eh senang jangan lah judge. Lets the Judge yang judge. Ok ok next! >__<

Aku tak suka kalau dulu cakap lain, sekarang cakap lain. Period.

Aku tak suka pening kepala. Sebab bila pening, aku susah nak buat kerja. Dan aku benci giller kat panadol. Dan aku ada banyak kerja. Hukhuk.

Semua yang kat atas tak suka tak suka tak suka.

Apa aku suka?

Aku suka futsal. Hehe. Aku suka main futsal. Aku suka Jojoe suka futsal. Aku suka Hanisz pun suka futsal. Aku suka Najmah pun Hailwa pun suka futsal. Aku suka orang yang aku suka suka futsal. Heh. Sebab, futsal itu sendiri sedikit sebanyak mampu buat aku happy. Dan berfutsal bersama orang-orang yang aku suka? Perrghh, bahagia, doh! Haha. 

Aku suka bila Hanisz ingatkan aku yang sepanjang bertahun tahun berkawan, aku dan Hanisz bukannyer tak pernah ada masalah. Tapi, we never confronted each other. Thing gets better by itself. Yes, indeed! Tapi, suasana macam tu, sounds more like siblings kan? Air yang dicincang tak akan putus. Mungkin sebab makan nasik satu kawah memang dah macam siblings pun. Aku suka la nasik satu kawah. Tiba tiba.

Aku suka Srikandi. Aku kesal tak pergi Lentang tempoh hari. Tetapi memang tak dapat elak, aku busy. Huhu.

Aku suka futsal.

Ok nak tengok Joe Jambul tournament futsal.

2 comments:

hailwa said...

suka futsal! dan aku paling hooha2 gelak2 jerit2 main futsal bila main dgn team kita je..kalo main dgn org lain aku sgt sopan-santun heheheh

Y- A-T-T said...

Ezany: kalau aku blur boleh? ehehhe x paham.

Hailwa: Kan? Kan? Aku pun. tatau kenapa kalau dgn team org lain, nak ketawa pun tak boleh.. hahaha. haishhh. syg la korang.heh.