Thursday, October 8, 2009

"I hope you know, I hope you know.. That this has nothing to do with you.."


Saya dan soulmate sedang bercinta secara rancak. Kadang kadang bergayut di telefon tanpa berbual tetapi hanya menyanyi lagu cinta bersama-sama. Sehari tidak telefon, soulmate akan kata saya menghilangkan diri dan merajuk merajuk sayang. Ecehceh. HAH. SATU LAGI SYARAT MENJADI TEMAN SAYA. KAU HARUS SEPERTI SOULMATE. ROMANTIS DAN CARING DAN SANGAT SAYANG SAYA.. ERK ITU TIGA SYARAT. Sayang, esok nak nyanyi lagu Dua Insan, kita duet eh. I call you pukul 8 lebih pagi boleh?

Sapa kenal Tumirah?

Kalau ingat Tumirah, ingat tak Ismail yang (SENGAJA) belikan Tumirah baju saiz XL supaya longgar dan labuh menutup aurat? Yer yer yang kalau ajak tukar lagu, dia bagi lagu nasyid. Ismail yang saya panggil Ustat.. Kadang kadang Doktor. Huhu.

Susahlah. Sekarang rasanya semua lelaki adalah perverts! Oh my. Saya menjadi takut untuk cross that friendship border bersama-sama Ustat. Alasan saya? Hmm.. (hampir) semua lelaki menghampakan. Kalau tidak loser, mereka adalah perverts. Hati sudah baik, tetapi hisap ganja dan minum arak pula.

Ismail, hampir sempurna di mata saya. Bertahun-tahun lamanya, tidak pernah bosan memberi nasihat yang bernas setiap kali saya menangis pasal lelaki-lelaki yang saya sebut di atas. Ismail yang suruh saya bertadarus apabila saya mengadu bosan di tengah-tengah malam. Owh dan Ismail yang nak rotan saya sebab saya belum mula puasa enam. Ismail yang bijak dan cerah masa hadapannya. Yang baru-baru ini sudah peroleh PH.D di tangan (alhamdullilah). Beliau adalah satu-satunya harapan saya bahawa masih wujud lelaki yang baik di muka bumi ini berminat dan sangat baik hati terhadap saya. Selama ini, lelaki yang berminat hanya mahu mengambil kesempatan. Jadi, jika dilintasi sempadan itu bersama Ismail, saya risau jika akhirnya mendapat tahu Ismail rupanya lelaki biasa. Yang sama sahaja seperti lelaki lain. Bisa menyakitkan hati. Dan punya nafsu perverts. No. Saya mahu Ustat kekal sebagai lelaki yang hampir sempurna di mata saya.

Kalau pun dia tidak akan berubah, saya tetap tidak boleh. Saya rasa sangat rendah diri. Saya rasa tidak layak... kerana.. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.

*sigh*

Saya dan soulmate ada sebuah blog rahsia. I love that blog soo muchh and I wish I could share it with others. Tapi tak boleh lah kerana di situ tempat kami berkongsi rahsia dan luahan amarah. (Soulmate, mereka mencemburui kita)

Ustat sekarang di Bandung. Seperti biasa dia bertanya sekiranya saya mahu apa-apa ole-ole.

"Handbag!!"

"Jangan merepek.. Manalah I tau pilih handbag."

*Sedeh*

"Hmm.. I carikkan you novel novel yang best, nak tak?"

"Contoh?"

"Ketika Cinta Bertasbih.."

"Lagi..?"

"Kitab Cinta Yusuf Dan Zulaikha"

"Nakk!"
(padahal mana pernah baca novel ya ampun)

Ironi. I always wanted to name my first daughter as Zulaikha. Dari dulu lagi rasanya kawan-kawan rapat memang sedia maklum. Dan soulmate pula, telah pun menamakan anak nya Yusuf.

Awhh. Soulmate, kitab cinta anak-anak kita.

Wakakaka.

Diam ah.

6 comments:

Ezany said...

Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha!!
Auuwww..how sweettt!

Zara in Germany said...

ahahaha aku tak tahan diam ah kat bawah tu..

dam said...

nk after novel tu..hehe

Zara in Germany said...

hahahaha after...lama tak dgr

Y- A-T-T said...

Zara: kitorang still guna that word. haha. Especially bila nak after minum air after main futsal. haha.

a.k.a. apot said...

yatt..xyah bg aku no phone diye aa...simpan diye utk ko..