- Saya bersyukur saya ada agama. Kerana apabila sangat susah, I always know who to turn to. And when I am feeling blessed and happy, I know who I should thank.
- Saya bersyukur punya anak-anak saudara yang hebat. Mereka membuatkan saya rasa sangat suka pada kanak-kanak. Saya yakin mereka yang membuatkan saya rasa suka pada kanak-kanak kerana kadang-kadang nampak kanak-kanak yang amat nakal dan comot dan menjengkelkan, saya terus berfikir dua kali, saya suka kanak-kanak kah? Huk huk huk. Tapi apabila bersama Siti, Azreen, Tisha and Amin, saya yakin 100% saya memang suka kanak-kanak. Ok, next..
- Saya bersyukur mempunyai adik beradik yang ramai dan meriah dan ceria dan hebat serta suka mengumpat balik jiran sebelah yang suka mengumpat tu. Hehe.
- Saya bersyukur ayah dan mak saya selalu tidak sependapat. Kerana apabila ayah tidak bersetuju dengan saya, mak pasti setuju. Hehehe. Ayah tak setuju ada pelamin. Tapi mak setuju. Jadi kalau buat pelamin kalau ayah marah boleh cakap "Mak cakap boleh". Muahahha.. Pelamin tu contoh jer.
- Saya bersyukur bilik saya di pejabat sudah siap sepenuhnya. Hiasan dinding sudah digantung, blind pun sudah pasang. Berkerja dengan lebih privacy tanpa gangguan orang lalu lalang dan dah tak payah turun surau kat tingkat 2 dah boleh kunci pintu solat dalam bilik pastu sambung tidur yeay yeay syukurrrr.. ;)
- Saya bersyukur saya mempunyai hati yang tabah. Jika diletakkan Aminah di tempat saya, saya yakin dia tak sekuat saya.
- Saya bersyukur saya tidak hidup melarat dan tidak pernah didera dengan disimbah air panas. Saya bersyukur tiada penyakit kronik yang memerlukan kos rawatan ribu riban sebab kalau ada, duit saya tidak cukup.
- Saya bersyukur sekarang saya ada duit sebanyak seratus ringgit di dalam wallet.
- Saya bersyukur saya tak gemuk sangat dan masih ada harapan kuruskan badan jika teruskan joging ini setiap hari futsal setiap minggu dan diet dengan lebih gigih huwaaa laparrrrrr lahhh diet diet niiii.....
Bye.
Tuesday, June 9, 2009
"I will always have faith in you.. untill I hear you say......"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





7 comments:
wah, nice post!!
for a sec there u got me thking and bersyukur kejap..
hehehe, thanks ":)
paling suka kesyukuran di point pertama ;)
erk..point yg last tu??
Sha2: Haha. Inspired by orang lain.
Am: Eheh ;)
dam: Kenapa dengan point yang last?
aminah tu siapa?
aku pun suka kesyukuran yg 1st..
xde pape..hehe.
alhamdullillah...
aminnn...
Post a Comment