Tuesday, January 6, 2009

Circles never end.

She is my soulmate for a reason. Banyak sangat kejadian-kejadian yang menyebabkan terlintasnya di otak kami, 'Kita soulmates kot..?'

Dan setelah kejadian-kejadian itu, memang sah lah, kami memang soulmates.

Ahad malam, di dalam semayang Isyak, tiba-tiba teringat pada soulmateku dan berkira-kira, eh, lamanya tak telepon dan terasa rindu dan pelik pulak sebab dulu hampir setiap hari berbual-bual di telepon atau di internet sekurang-kurangnya (nampak sangat semayang tak kusyuk. huhuhuhu). Lalu di penghujung solat, terfikir untuk mendoakan kandungan soulmate ku kerana hari tu terbaca dalam blog soulmate dia ada sedikit masalah dengan baby harap-harap semua ok, soulmate dulu selalu doakan aku masa aku sedih (sebak.. tetiba?).

Selesai solat, terlintas jugak nak sms atau call soulmate, tapi dah lewat sangat takut dia dah tidur dia kan pregnant mesti tidur awal, nanti aku tepon Kenet marah pulak. Dibatalkan niat suci itu. Keesokkan paginya, bangun seperti biasa solat subuh di luar waktu (saya dah tak cirit birit lagi. huhuhu) dan ingatan terhadap soulmate pun berlalu begitu sahaja.

Di pejabat, tiba-tiba dapat message dari soulmate ajak chat di g-mail. Saya ada sedikit masalah di internet, maka terlambat saya masuk ke g-mail. Masuk masuk, tengok soulmate takder pun. Dia dah kuar kot tunggu aku lama sangat. Saya telepon soulmate, tak dapat. Saya telepon opis dia yang nombor 07 tuh, jauh tak? huhu. Saya tanya kenapa ajak borak kat g-mail, dia ok tak ada masalah ker?

Soulmate cakap, 'Sajer. Rasa macam dah lama tak borak dengan ko'.

Hah. Kan dah cakap, kami memang soulmates!

Hehe. Ini ada gambar untuk soulmate. Nak post dan tujukan untuk Rakdon macam tak sesuai. Hahaha.

Makcik, sila jaga diri elok-elok, k.






2 comments:

Marliza Radzi said...

ala comelnya kartun tu!

Anonymous said...

ek eleh. ngadernyer.