Saya dan adik beradik saya tak pernah ada hubungan yang rapat dengan mana-mana sepupu. Kami sentiasa buat hal kami sendiri. Tak serasi. Setiap kali pulang ke kampung, kami umpama satu circle yang sentiasa tidak ambil peduli dengan yang di luar circle kami. Untunglah, kami sangat rapat dan ramai. Maka, tidak pernah sunyi. Mak dan ayah tak pernah cakap apa-apa pun. Abang saya kahwin tak mahu jemput sedara-mara pun mak dan ayah tak kesah. Kawen kecil-kecil, hanya antara adik beradik sahaja. Dan ada lah seorang dua sepupu yang sukarela datang. Saya ingin ikut jejak Abang saya nanti! Haha! Oh, don't get me wrong here. Nak buat apa jemput, kalau nama diorang pun kami tak ingat sangat? Bak kata emak, korang ni kalau selisih bahu pun, korang taktau yang korang ni sepupu. Yup, that bad! Heh. Kami relatives by blood sahaja, not heart. Seriously.
Anyway, hubungan kami yang sangat rapat adik beradik, secara tak langsung membuatkan anak-anak kami (setakat ini, anak-anak kakak dan abang sahaja lah) menjadi sangat rapat antara satu sama lain. Sepupu lah mereka itu. Harap-harap, mereka kekal lah rapat sehingga ke tua nanti. Jangan jadi seperti kami dan sepupu-sepupu kami.
Tahun 2006, Abang saya dapat anak perempuan. Tiga bulan selepas itu, Kakak saya bersalin anak lelaki. Tisya dan Amin. Rapat sangat mereka dari kecil. Comel sangat dengar deyrang panggil nama each other. Pelat. Mari tengok gambar dan cuteness mereka. Jom?
Masa kecik:
Comey, kan? Ada video mereka berlumba-lumba merangkak. Tapi, dalam laptop kat rumah. Hehe. Dua ekor ni wajib jadik flower girl & boy wedding aku nanti! Heh. Tapi masa tu deyrang dah darjah 3 kot. kuang kuang kuang.
Nota kaki: Saya ada 4 orang anak sedare. Sila rujuk gambar keluarga di entri hari raya. :D
Nota kaki: Saya ada 4 orang anak sedare. Sila rujuk gambar keluarga di entri hari raya. :D






No comments:
Post a Comment