Monday, November 10, 2008

Aku memang suka tiba-tiba.

Bukan, lelaki yang mencuba bersama-sama Rakdon itu, bukan laki kau. Jangan risau.

Aku rasa Nor*man Ha*kim adalah bersalah. Tak suka. Aku benci lelaki yang putar belit macam tu. Jadik, tak payah lah kau nak risau, aku takkan rampas laki kau. Laki kau tu kaki putar belit. Aku ni takder lah jahat mana pun. Kalau aku nak jahat pun, takkan lah aku nak jahat kepada diri aku sendiri, betul tak? Aku pun nak kebahagiaan jugak. Dah dah lah tu. Sila grow up. Jagalah anak-anak and laki kau tuh elok-elok.

Aku ni baik (haha. Sila roll eyes). Aku tak pernah ada niat yang buruk pada sesiapa pun. Terhadap stranger pun tak pernah, inikan pula terhadap kawan sendiri. Tapi manusia lain selalu ingat aku jahat. Dan selalu jugak tabur fitnah atas aku.

Banyak sangat sampai aku sendiri pun dah muak. Aku nih dah macam artis haaaa.. Orang gosip aku minum arak lah, orang gosip aku hisap rokok lah, orang gosip Rakdon tanggung aku lah, aku soh Rakdon bayar kereta aku sampai Rakdon meminjam-minjam dari orang lah.. Eh, macam-macam lah... Satu pun haram tak betul. Kelakar nak mampos.

Aku suka buat baik kat orang. Tapi, bila orang selalu sangat buat jahat kat aku, aku pun dah jadik malas nak buat baik.

Minggu lepas, Rakdon bagitau aku, salah sorang kawan dia masuk ICU. Rakdon tak dapat nak melawat, sebab dia jauh. Benda pertama yang terlintas kat kepala otak aku, aku nak pegi melawat on behalf Rakdon. Tapi, beberapa saat lepas tuh, semua kutukkan dan kejian yang dia bagi kat aku terlintas kat kepala otak aku. Terus aku batalkan niat aku tu. Rakdon cakap, tak payah lah melawat. Sandy buatlah hal Sandy jer.

Janganlah buat benda jahat kat aku lagi. Sebab bila kau jahat kat aku, aku taktau macam mana nak buat baik kat kau.

Paham, tak? Aku bukan malaikat.

Ya ampunn.. bila lah aku nak beli cajer kamera ni.. Selagi tak ada gambar, selagi tu aku suka emo. Grrr.

Rakdon ada kat UPM dari hari ni, sampai 23hb nanti. Ada sukan.. Dia masuk lumba lari. Comel, kan? Ngap. Ngap.

10 comments:

Anonymous said...

alahai, Yatt memang baik lah! Sila percaya. tapi aku pecaya, lama2 org akan kenang jua kebaikan kita. Wallahualam.

mazzle said...
This comment has been removed by the author.
mazzle said...

wei, ko nak delete delete lah. giler pjg aku tulis.

Kesimpulan dr cerita ini:

YATT baik hati (saya tau n boleh mengkompemkan sendiri!). YATT mmg hot lagi hot drp artis. Nway. Biasanya org suka mengutuk bile jeles, so be proud lah ppl are jeles of u. They dont haf wut u haf so BooHoo to them!

Y- A-T-T said...

mazlin,

aku mahu membidas sedikit. kerana aku dari awal mmg salahkan mamat tuh.

selamatkan rumahtangga demi anak2?

haha. Kalau betul nk selamatkan demi anak2, kenapa walaupun belum bercerai, hanya balik rumah jenguk anak2 kurang dari 4 kali dalam masa hampir setahun?

well..
one point i agree tho.

men will always be men.

period.

muahh! syg mizz online diary saya ;)

melebih x?

chics said...

lari dalam guni takde?

Y- A-T-T said...

ahh.. lari dalam guni tu terlalu comell.... huwaaaaaa...

mazzle said...

mizz, 1 thing i learn from hving an ex bf n sister doing law is that :

1) Don't Argue with Them.
2) Don't Attempt to Argue with them
3) Don't even think! of arguing with them

So, im not even gonna!!

Next i learn is:

1) Even if u disagree, just nod ur head n look intently as if u r agreeing.

So.

(Nodding Mode...)

hehe. Tapi kalau gi makhamah n then N.H admit that he only jejak kaki 4 kali tgk anak cannot blame Abby lah for doing wut she did.

Y- A-T-T said...

thats not 1 thing. thats 3 things!

sajer jer carik gadoh. hehe ;)

oni said...

aku artis. aku paham.

Y- A-T-T said...

oni poyo.