Tuesday, August 26, 2008

Kerana Dia lebih tahu.

Saya masih ingat lagi, pada penghujung tahun 1999, sesudah habis peperiksaan SPM, ayah sibuk membincangkan, ke universiti mana saya mahu pergi. Tidak sempat saya menjawab, Ayah sudah ada perancangannya sendiri. 'Yatie study Law, jadik lawyer'. Eh, tegasnya. Di mana peluang saya memilih jalan sendiri? Ayah lah yang mendapatkan borang UPU, dan ayah lah yang mengisi pilihan pertama dan pilihan kedua, tentulah, kursus undang-undang di UIA dan kursus undang-undang di UITM. Pilihan ketiga, keempat dan kelima dibiarkan kosong. Saya mengisinya dengan pilihan kursus kejuruteraan di UTM Skudai. Ayah tidak berapa peduli, asalkan cita-citanya menjadi pilihan terawal. Sebetulnya dan sejujurnya, saya juga tidak peduli. Kerana cita-cita yang saya mahu capai, tidak disenarai di dalam borang UPU itu.

Secara diam-diam, saya mengeluarkan duit poket sendiri sebanyak RM35, lalu saya beli borang MMU. Secara diam-diam, saya isikan kursus yang tersangat-sangat saya mahu ceburi. Multimedia Kreatif. Saya mahu buat animasi. Saya mahu terus belajar muzik. Saya tidak mahu memerah otak menghafal itu dan ini. Tapi saya rela memerah otak mencari idea. Itu yang saya mahu.

Saya juga masih ingat, ketika Ayah membuat panggilan telefon untuk mengetahui keputusan UPU. Saya tidak ada perasaan. Bukan keputusan itu yang saya nantikan. Ketika menelefon, menantikan keputusannya, muka Ayah saya tenung. Selang beberapa saat, muka Ayah bertukar menjadi berseri-seri. 'Alhamdulillahhhhh', tidak pernah saya lihat Ayah segembira itu. 'Alhamdulillah... Yatie dapat course Law kat UIA'.. 'Sekarang, jalan untuk berjaya dah ada depan mata Yatie. Terpulang pada Yatie..' Dengan muka yang begitu gembira, tidak sampai hati saya menolak. Malam itu, Ayah bawa saya dan dua adik saya keluar makan. Celebrate katanya.. Di dalam kereta, kata-kata Ayah yang tidak mungkin saya dapat lupakan.

'Ayah kalau boleh, nak korang bertiga ni, semua jadik lawyer'

Ayie, adik bongsu saya terkedu. Saya hanya tersengih.

Selang beberapa hari kemudian, saya dapat surat dari MMU. Saya diterima masuk. 'Bila Yatie isi borang tu?', Ayah terkejut. 'Siapa belikan borang?' banyak lagi soalan yang ditanya. 'Yatie nak kerja apa nanti lepas habis study?'.... 'Nah, Ayah bayar balik duit RM35 Yatie'. Saya tidak diberi pilihan.

Saya masih ingat hari pendaftaran saya di UIA. Mogok. Malas nak cerita. Hari yang sangat rimas. Nasib baik bertembung dengan muka-muka yang saya kenal. Seperti Haniz.

Bayangkan, 5 tahun saya berhempas pulas, memaksa diri saya menghafal benda-benda yang saya saya tak ingin pun nak hafal. Penat. Dan bukan senang. Susah. Susah bukan sebab saya bodoh, tapi susah sebab saya tidak mahu. Hehe ;p

Tapi berjaya juga saya. Sudah jodoh saya di dalam bidang ini. Mungkin ini bukan rancangan Ayah. Tapi rancangan Dia. Bukankah Dia lebih tahu?

Eh, sebenarnya kenapa saya menulis entri ini? Oh, mahu mengucapkan tahniah kepada Adik saya, Tini.. Di atas kejayaannya menggenggam segulung ijazah. Gembira betul Ayah.


Tentulah Ayah gembira. Ijazah yang Tini genggam itu, Ijazah Undang-undang. Haha!!

Tahniah Tini. Tahniah Ayah.

Oh, jika anda ingin tahu.... Tidak, Ayie tidak memilih kursus undang-undang. Berani betul dia!

Hehe ;p

Jom tengok gambar!!


Tini, dan jubah baru UIA. Kini graduan UIA dah ada topi! Hehe.


Ini Abang saya. Dia seorang guru, bukan Peguam.


Ini cucu Ayah. Dia lebih berani. Mahu menjadi penyanyi!

Saya tumpang pakai topi. Tak pernah pakai, k! ;p

Sekian cerita saya. Mak aih, panjangnyerrrrr....

4 comments:

Marliza Radzi said...

tini dah grad! congrats!
nak chambering mana lepas ni?

yatt, apasal ko tak pernah pakai topi grad pulak?

Y- A-T-T said...

Marliza, sebab dulu jubah uia mana ada topi.... kan kena pki bendalah kt tudung tu.. aiyakk.. huhu..

tini dah chambering 2 bulan, tapi ditangguhkan pulak. dapat panggilan ke AG. mcm Daud. kat mahkamah muar. haha!

iL4na said...

yatie, ko lawyer apa ek. boleh lah aku refer ko kalu ade pape hal ok? boleh? btw best ler ada kawan lawyer wat. sesungguhnya mmg DIa lebih mengetahui jln yg terbaik utk hambanya. congrats to Tini! btw bapak ko lawyer gak ke?

Y- A-T-T said...

Aku lawyer sivil, Lana. Aku wat family matters, probation, wills semua tu. Saman2 semua la.. kecuali criminal. hehe. kalau ko wat crime, jgn refer kt aku! kalau yg lain, boleh.. hehe.. owh, kecuali syariah jugak. huhu.

Bapak aku bukan lawyer. itu cita-cita tidak kesampaian dia. wakaka..